Meninggal dunia Ismail_Mohd_Ali

Beliau meninggal dunia pada 19 Julai 1998.[4][5] Jenazah dibawa ke rumahnya di No. 23, Jalan Taman U Thant, Ampang dan dikebumikan di Perkuburan Islam Ampang. Beliau meninggal dunia kerana komplikasi selesema di Hospital Pakar Ampang Puteri pada usia 80 tahun.

Turut hadir ziarah ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Menteri Luar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Syed Hamid Albar, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mustapa Mohamed.